7 MIN READ

English version | Bahasa version


Turning climate ambition into spatial action

Local authorities face growing pressure to meet climate targets while managing rapid urban growth. The challenge is no longer defining ambition but embedding it into everyday planning decisions.

Transport and buildings remain the largest sources of urban emissions, and today’s planning choices will shape carbon outcomes for decades. Geographic Information Systems (GIS) provide a practical way forward by integrating land use, transport, infrastructure, and environmental data into a unified spatial framework.  

This enables a shift from high-level strategy to measurable impact where zoning, development approvals, and infrastructure investments can all be assessed against long-term emissions outcomes – using a shared, spatial evidence base rather than standalone reports or one-off modelling exercises. 

Build a spatial foundation for low-carbon planning 

Effective planning starts with data. Local authorities must consolidate fragmented datasets, land use, transport networks, building types, and emissions, into a shared GIS environment. 

This creates: 

The experience of Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) highlights this impact. By integrating 13 departments into one GIS platform, they eliminated data silos and enabled real-time access to planning insights. 

This shift also improved coordination between planning, infrastructure, and sustainability teams, supporting more consistent assessments and quicker responses to growth and climate pressures. 

Practical takeaway: Standardise core datasets, parcels, buildings, transport, and emissions, before attempting scenario modelling or carbon analysis. 

Use scenario-based planning to quantify outcomes 

GIS enables local authorities to move beyond static master plans by modelling and comparing multiple development scenarios.  

These can be evaluated using consistent metrics such as: 

  • Population and employment density 
  • Transport demand and performance 
  • Building energy use 
  • CO2 emissions 
  • Waste generation 

This transforms planning conversations. Instead of abstract debates, councils can quantify trade-offs, for example, comparing low-density expansion with transit-oriented development over time. 

Practical takeaway: Develop at least two to three scenarios (e.g. business-as-usual, compact growth, hybrid) and assess them using consistent indicators. 

Design sustainable mobility networks 

Transport is a key lever for reducing emissions. GIS supports targeted intervention through suitability analysis to identify optimal locations for multi-modal transport hubs. 

Key factors include:  

  • Access to public transport 
  • Walkability and cycling infrastructure 
  • Land use mix and density 
  • Connectivity 

By combining these, local authorities can prioritise investments that reduce reliance on private vehicles and maximise mode shift. 

Practical takeaway: Use GIS to identify high-impact mobility hubs and align zoning and development around them. 

Use 3D planning to shape development outcomes 

Urban form directly influences emissions but is often difficult to assess using traditional methods.  

GIS-enabled 3D tools allow planners to test controls such as: 

  • Building height 
  • Floor area ratio 
  • Site coverage 
  • Land use mix 

This improves both analysis and communication, helping stakeholders understand how different development scenarios will look and perform. 

Practical takeaway: Incorporate 3D modelling into growth planning to test controls and communicate outcomes clearly. 

Turn analysis into decision support 

Data alone does not drive change, accessibility does. Dashboards and interactive tools translate complex spatial analysis into actionable insights.  

Benefits include:  

  • Greater transparency 
  • Clearer stakeholder communication 
  • Faster decision-making 
  • Stronger alignment between policy and delivery 

They also support business cases by providing clear evidence of outcomes such as emissions reduction or improved accessibility. 

Practical takeaway: Develop dashboards that track key indicators, emissions, transport performance, density, and infrastructure capacity, and use them to inform both strategy and operations.  

Embed GIS into governance 

Low-carbon planning is an ongoing process. GIS supports this through: 

  • Continuous monitoring of emissions and performance 
  • Cross-departmental collaboration 
  • Transparent community engagement 
  • Adaptive planning  

Embedding GIS across workflows transforms it from a technical tool into a core decision-making platform that supports planning, delivery and reporting over time. 

Practical takeaway: Formalise GIS within governance and planning processes to ensure consistent, long-term application.  

From strategy to measurable impact 

Low-carbon planning requires precision. GIS connects strategy with implementation, enabling local authorities to understand emissions, test scenarios, design effective interventions, and communicate decisions with clarity.  

For local authorities looking to accelerate their climate response, the path is clear: start with data, model scenarios, and embed spatial thinking into every decision.  

That is how planning moves from ambition to measurable impact. 

Discover more geospatial insights and real-world examples of GIS in action on the Esri Malaysia blog.


Perancangan bandar rendah karbon dengan GIS: Langkah praktikal untuk pihak berkuasa tempatan
 

Peralihan aspirasi iklim kepada tindakan spatial

Pihak berkuasa tempatan berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk mencapai sasaran iklim di samping menguruskan pertumbuhan bandar yang pesat. Cabaran utama sekarang bukan lagi menetapkan aspirasi tersebut tetapi mengintegrasikan aspirasi ini dalam keputusan perancangan harian.

Sektor pengangkutan dan bangunan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon di bandar dan pilihan perancangan yang dibuat hari ini akan mencorakkan kesan karbon untuk puluhan tahun akan datang. Sistem Maklumat Geografi (GIS) menawarkan jalan penyelesaian yang praktikal dengan menyepadukan data penggunaan tanah, pengangkutan, infrastruktur dan alam sekitar dalam satu rangka kerja spatial yang bersepadu.

Langkah ini membolehkan peralihan daripada strategi peringkat tinggi kepada impak yang boleh diukur. Melalui pendekatan ini, pengezonan, kelulusan pembangunan dan pelaburan infrastruktur kini boleh dinilai berdasarkan kesan pelepasan karbon jangka panjang berpandukan asas bukti spatial yang dikongsi bersama dan bukannya bergantung pada laporan berasingan atau latihan pemodelan yang dilakukan secara sekali sahaja.

Membina asas spatial bagi perancangan rendah karbon

Perancangan yang berkesan bermula dengan data. Pihak berkuasa tempatan perlu menyatukan pelbagai set data merangkumi penggunaan tanah, rangkaian pengangkutan, jenis bangunan dan pelepasan karbon ke dalam satu persekitaran GIS yang dikongsi bersama.

Langkah ini dapat mewujudkan: 

Pengalaman Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) jelas membuktikan impak pendekatan ini. Melalui penyepaduan data daripada 13 jabatan ke dalam satu platform GIS, langkah ini berjaya menghapuskan pemisahan data antara jabatan sekali gus membolehkan capaian masa nyata kepada maklumat perancangan.

Peralihan ini turut meningkatkan penyelarasan antara pasukan perancangan, infrastruktur dan kemampanan, sekali gus membolehkan penilaian dilakukan dengan lebih konsisten serta tindak balas yang lebih pantas terhadap tekanan pertumbuhan dan isu iklim.

Rumusan praktikal: Seragamkan set data teras termasuk lot tanah, bangunan, pengangkutan dan pelepasan karbon sebelum memulakan sebarang pemodelan senario atau analisis karbon.

Gunakan perancangan berasaskan senario untuk mengukur hasil 

GIS membolehkan pihak berkuasa tempatan beralih daripada pelan induk statik kepada membuat pemodelan dan perbandingan pelbagai senario pembangunan.

Senario ini boleh dinilai menggunakan metrik yang konsisten seperti:

  • Kepadatan penduduk dan guna tenaga
  • Permintaan dan prestasi pengangkutan
  • Penggunaan tenaga bangunan
  • Pelepasan karbon dioksida (CO₂)
  • Penjanaan sisa 

Pendekatan ini mengubah hala tuju perbincangan perancangan. Pihak majlis tidak lagi perlu bergantung pada perdebatan yang bersifat abstrak, sebaliknya boleh mengukur kesan pertukaran (trade-off). Sebagai contoh, mereka boleh membandingkan peluasan kawasan berkepadatan rendah dengan pembangunan berorientasikan transit bagi tempoh jangka panjang.

Rumusan praktikal: Bangunkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga senario (contohnya mengekalkan pendekatan sedia ada, pertumbuhan padat atau hibrid) dan buat penilaian terhadap senario tersebut menggunakan petunjuk yang konsisten.

Mereka bentuk rangkaian mobiliti mampan

Sektor pengangkutan merupakan tunjang utama dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon. GIS menyokong pelaksanaan intervensi yang lebih bersasar melalui analisis kesesuaian untuk mengenal pasti lokasi paling optimum bagi hab pengangkutan pelbagai mod (multimodal).

Faktor utama yang perlu dipertimbangkan termasuk:

  • Akses kepada pengangkutan awam
  • Ketersambungan pejalan kaki serta infrastruktur berbasikal 
  • Kepelbagaian dan kepadatan guna tanah
  • Kesalinghubungan 

Dengan menggabungkan faktor-faktor ini, pihak berkuasa tempatan dapat mengutamakan pelaburan yang mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian serta menggalakkan peralihan kepada mod pengangkutan yang lebih mampan.

Rumusan praktikal: Gunakan GIS untuk mengenal pasti hab mobiliti berimpak tinggi, seterusnya menyelaraskan pengezonan dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut.

Gunakan perancangan 3D untuk membentuk hasil pembangunan

 Reka bentuk bandar mempengaruhi pelepasan karbon secara langsung, namun aspek ini sukar untuk dinilai menggunakan kaedah tradisional.

Alatan 3D berasaskan GIS membolehkan perancang menguji kawalan perancangan seperti:

  • Ketinggian bangunan
  • Nisbah ruang lantai
  • Liputan tapak
  • Kepelbagaian guna tanah

Pendekatan ini meningkatkan aspek analisis dan komunikasi, sekali gus membantu pihak berkepentingan memahami impak dan prestasi pelbagai senario pembangunan.

Rumusan praktikal: Integrasikan pemodelan 3D dalam perancangan pertumbuhan untuk menguji kawalan pembangunan dan menyampaikan hasil dengan lebih jelas.

Ubah analisis kepada sokongan keputusan

Data sahaja tidak mencukupi untuk membawa perubahan. Sebaliknya, kebolehcapaian maklumat memainkan peranan yang lebih penting. Papan pemuka dan alatan interaktif menterjemahkan analisis spatial yang kompleks kepada pandangan yang boleh dijadikan asas tindakan. 

Manfaat termasuk:

  • Ketelusan yang lebih tinggi
  • Komunikasi yang lebih jelas dengan pihak berkepentingan
  • Pembuatan keputusan yang lebih pantas
  • Penyelarasan yang lebih kukuh antara dasar dan pelaksanaan

Pendekatan ini turut membantu menyediakan justifikasi yang kukuh melalui bukti yang jelas tentang hasil seperti pengurangan pelepasan karbon atau peningkatan kebolehcapaian.

Rumusan praktikal: Bangunkan papan pemuka yang menjejak petunjuk utama termasuk pelepasan karbon, prestasi pengangkutan, kepadatan pembangunan dan kapasiti infrastruktur, seterusnya gunakan petunjuk ini untuk menyokong strategi dan operasi. 

Integrasikan GIS dalam tadbir urus

Perancangan rendah karbon merupakan satu proses yang berterusan. GIS menyokong usaha ini melalui:

  • Pemantauan pelepasan karbon dan prestasi secara berterusan 
  • Kerjasama antara jabatan
  • Pelibatan komuniti yang lebih telus
  • Perancangan yang boleh disesuaikan

Penerapan GIS dalam keseluruhan aliran kerja mengubah peranan teknologi ini daripada sekadar alatan teknikal kepada platform utama pembuatan keputusan, sekali gus menyokong aspek perancangan, pelaksanaan dan pelaporan bagi tempoh jangka panjang.

Rumusan praktikal: Integrasikan GIS dalam proses tadbir urus dan perancangan bagi memastikan pelaksanaan yang konsisten dan berterusan untuk jangka masa panjang. 

Peralihan daripada strategi kepada impak yang boleh diukur

Perancangan bandar rendah karbon memerlukan ketepatan. GIS menghubungkan strategi dengan pelaksanaan, sekali gus membolehkan pihak berkuasa tempatan memahami pelepasan karbon, menguji senario, mereka bentuk intervensi yang berkesan serta menyampaikan keputusan dengan lebih jelas.

Bagi pihak berkuasa tempatan yang ingin mempercepatkan usaha menangani perubahan iklim, langkah seterusnya yang perlu diambil: mulakan dengan data, bina model senario dan terapkan pemikiran spatial dalam setiap keputusan.

Pendekatan inilah yang membolehkan perancangan beralih daripada aspirasi kepada impak yang boleh diukur.

Terokai lebih banyak maklumat geospatial dan contoh sebenar penggunaan GIS pada blog Esri Malaysia.

Subscribe to
Esri Malaysia news