English version | Bahasa version
Today, cities account for more than 50 per cent of the world’s population and produce 80 per cent of global Gross Domestic Product. These figures are expected to increase in the coming years as cities develop, harness new technologies and become 'smarter'.
The paradigm has shifted from the conventional wisdom that economic growth is solely driven by central governments. Now, cities are striving to become economic powerhouses – and vying to attract talent, create industries, and facilitate innovation. This new approach is expected to pave the way for a knowledge-based economy – a vision that Malaysia has been committed to achieving for the past decade.
The term “Smart City” has been used everywhere and oftentimes people would have varying interpretations of what it really means.
For Esri, we believe that a true Smart City will enable the interoperability and integration of siloed city systems. It means being at the heart of a city’s e-Government plan to drive modernisation and improvement in key public services.
As we’ve been working with many cities across Malaysia on enabling their respective e-Government strategies, I would like to share four founding principles to help cities build their own digital transformation plan.
With this approach, you’ll find that it’s now easier for cities – regardless of their size – to be a smart city.
1. Start small, but strategic
The “think big, start small” mentality implies managing your vision of a fully digitized whole-of-Local Government to first work on key city departments such as taxation.
The COVID-19 pandemic has reduced local government revenues. To spur Malaysia’s economy, the Federal Government expects revenue to rise by 4.2 per cent through higher tax collections – without raising taxes or introducing new ones.
In line with this, we’re currently working with cities to modernise their taxation department. Whether it’s providing them with a ready-to-deploy solution or a system to help them optimise tax collection operations, the value derived from an improved tax administration and oversight is immeasurable.
2. Scalability matters
I’ve witnessed project managers whose e-Government projects were a great success, and because of this they have been asked to apply those same capabilities to new business objectives or respond to a rapidly evolving situation like the COVID-19 pandemic.
It is important to have a scalable technology infrastructure that allows you to keep your momentum and provide you with the agility to configure processes, applications, and strategies along the way.
Whether it’s responding to a pandemic, mobilising first responders, and planning for economic recovery having agile systems speaks volumes about an organisation’s resilience and how it can keep delivering its many missions.
3. Collaborate
Esri President and Founder Jack Dangermond has often underscored the importance of collaboration, and stated that: “collaboration happens at the speed of trust”
The evolution of GIS has brought down organisational barriers to facilitate new empowering forms of collaboration.
What used to be just another IT solution boxed in the four walls of IT and GIS departments is now more ubiquitous across entire government operations or specifically to agencies.
We are now seeing a generational change from client server PC technology to a Web GIS platform. Now, access and use of geographic information can be done by anyone in the organisation, even those without a technical understanding of GIS
As many governments move towards embracing a culture of openness, new ways to interpret and present the data requires improved capabilities which are found in Web GIS.
And the great thing about Web GIS is that it brings different departments together. It allows them to keep their own system and also share their own information as web services.
With this approach, each organisation can manage their own mission-critical operations while storing and maintaining the geographic information in a virtual database that is easily accessible by everyone. In fact, you can find some examples from cities such as Penang, MBIP, Selangor and more via the local government GeoHub.
4. Citizen engagement
One of the most critical areas of governance is incorporating communities in decision-making and e-government tools provide a number of ways to engage with communities digitally.
Tools like ArcGIS Hub allow governments to leverage their existing data and work together with internal and external stakeholders to track progress, improve outcomes, and create more engaged communities.
Looking back at the height of the COVID-19 pandemic last year, an important lesson we’ve learned from this is that community engagement and communication are key to keeping citizens safe.
In fact, our team, worked with organisations to integrate relevant COVID-19 data and visualize it on a dynamic mapping dashboard. This dashboard – or what we call a COVID-19 hub – served as a single source of truth on data related to the pandemic.
It worked as public health information tool that collates information from the relevant government agencies and visualises it on a dynamic web application.
provide communities and local authorities with a clearer picture of the situation as it unfolds. Most importantly, it supported efforts to curb the spread of misinformation and fake news that was aggravating the public health crisis.
Read this case study to see how one Majlis Bandaraya Iskandar Puteri digitally transformed their organisation with their innovative OneMap e-government portal.
4 Asas Pembinaan Bandar Pintar
Pada masa ini, bandar menempatkan lebih separuh daripada populasi dunia dan menyumbang sekitar 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global. Angka ini dijangka terus meningkat pada tahun-tahun akan datang apabila bandar terus berkembang dan memanfaatkan teknologi baharu serta menjadi semakin ‘pintar’.
Seiring dengan perkembangan ini, peranan sesebuah bandar dalam memacu pertumbuhan ekonomi turut berubah. Jika dahulu pertumbuhan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat, kini bandar semakin berperanan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang bersaing untuk menarik bakat, membangunkan industri serta menggalakkan inovasi. Pendekatan ini dijangka membuka jalan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan selaras dengan matlamat yang telah Malaysia usahakan sejak sedekad lalu.
Istilah “Bandar Pintar” telah digunakan secara meluas dan sering kali membawa tafsiran yang berbeza-beza mengikut individu atau organisasi.
Bagi Esri, kami percaya bahawa Bandar Pintar membolehkan sistem bandar yang sebelum ini beroperasi secara berasingan untuk saling berhubung dan berintegrasi. Dalam erti kata lain, Bandar Pintar menjadi teras kepada pelaksanaan pelan e-Kerajaan sesebuah bandar untuk memodenkan serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan awam.
Melalui pengalaman bekerjasama dengan beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam melaksanakan strategi e-Kerajaan masing-masing, Esri mengenal pasti empat prinsip asas bagi membantu sesebuah bandar merangka pelan transformasi digital mereka sendiri.
Dengan pendekatan ini, sesebuah PBT tidak kira saiz atau tahap pembangunan boleh melaksanakan inisiatif Bandar Pintar dengan lebih berkesan.
1. Bermula kecil tetapi strategik
Pendekatan “berfikiran jauh, bermula kecil” merujuk kepada usaha merealisasikan visi pendigitalan menyeluruh kerajaan tempatan dengan memberikan tumpuan awal kepada jabatan utama bandar seperti percukaian. Pandemik COVID-19 telah mengurangkan hasil kerajaan tempatan. Bagi merangsang ekonomi negara, Kerajaan Persekutuan menjangkakan hasil akan meningkat sebanyak 4.2 peratus melalui peningkatan kutipan cukai tanpa menaikkan atau memperkenalkan cukai baharu.
Sejajar dengan itu, Esri Malaysia bekerjasama dengan PBT untuk memodenkan jabatan percukaian mereka melalui penyelesaian sedia digunakan atau sistem yang membantu mengoptimumkan operasi kutipan cukai. Penambahbaikan pentadbiran dan pemantauan cukai dijangka akan memberikan nilai yang signifikan kepada pengurusan hasil.
2. Kebolehskalaan adalah penting
Ada pengurus projek yang berjaya melaksanakan projek e-Kerajaan cemerlang sehingga kemudiannya diminta untuk mengaplikasikan keupayaan yang sama bagi memenuhi objektif perniagaan baharu atau menangani situasi yang berubah dengan pantas seperti pandemik COVID-19.
Penting bagi organisasi untuk mempunyai infrastruktur teknologi yang boleh diskalakan yang membolehkan momentum dikekalkan serta memberikan fleksibiliti untuk mengkonfigurasi proses, aplikasi dan strategi mengikut keperluan semasa.
Sama ada dalam menghadapi pandemik, menggerakkan pasukan respons kecemasan atau merancang pemulihan ekonomi, sistem yang responsif mencerminkan tahap daya tahan serta keupayaan sesebuah organisasi untuk terus melaksanakan pelbagai misi.
3. Kerjasama
Presiden dan Pengasas Esri, Jack Dangermond, sering menekankan kepentingan kerjasama dengan menyatakan bahawa “kerjasama bergerak seiring kepercayaan”.
Evolusi GIS telah mengurangkan halangan organisasi, sekali gus membuka ruang kepada bentuk kerjasama baharu yang lebih efektif dan berimpak.
Pada peringkat awal, penyelesaian IT ini terhad dalam lingkungan jabatan IT dan GIS, namun kini digunakan secara meluas dalam keseluruhan operasi kerajaan atau khusus kepada agensi tertentu.
Kita kini menyaksikan perubahan generasi daripada teknologi pelanggan-pelayan PC kepada platform Web GIS. Akses dan penggunaan maklumat geografi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam organisasi termasuk mereka yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal GIS.
Apabila sesebuah kerajaan bergerak ke arah budaya keterbukaan, cara baharu untuk mentafsir dan mempersembahkan data memerlukan keupayaan yang lebih baik dan aspek ini boleh ditemukan pada platform Web GIS.
Kelebihan Web GIS ialah keupayaan platform ini menyatukan pelbagai jabatan, di samping membolehkan setiap jabatan mengekalkan sistem masing-masing serta berkongsi maklumat sebagai perkhidmatan web.
Dengan pendekatan ini, setiap organisasi boleh mengurus operasi penting yang menyokong fungsi utama organisasi sambil menyimpan dan menyelenggara maklumat geografi dalam pangkalan data maya yang mudah diakses oleh semua pihak. Contoh pelaksanaan pendekatan ini boleh dilihat di Pulau Pinang, Selangor serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan bandar-bandar lain melalui GeoHub pihak berkuasa tempatan.
4. Pelibatan komuniti
Salah satu aspek paling kritikal dalam tadbir urus ialah pelibatan komuniti dalam proses membuat keputusan dan alat e-Kerajaan ini menyediakan pelbagai cara untuk berinteraksi dengan komuniti secara digital.
Alat seperti ArcGIS Hub membolehkan kerajaan memanfaatkan data sedia ada, bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran untuk menjejak kemajuan, menambah baik hasil serta meningkatkan pelibatan komuniti.
Melihat kembali kemuncak pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, antara pengajaran yang boleh diambil ialah pelibatan komuniti dan komunikasi memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat.
Sebagai contoh, pasukan kami bekerjasama dengan organisasi berkaitan untuk menyepadukan dan memaparkan data COVID-19 yang relevan pada papan pemuka pemetaan dinamik. Papan pemuka ini (atau dikenali sebagai COVID-19 hub) berfungsi sebagai sumber rujukan tunggal bagi data berkaitan pandemik.
Papan pemuka ini turut berfungsi sebagai alat maklumat kesihatan awam yang menghimpunkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan dan memaparkan data tersebut dalam aplikasi web dinamik, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas tentang situasi semasa kepada komuniti dan pihak berkuasa tempatan. Paling penting, usaha ini membendung penyebaran maklumat palsu dan berita tidak sahih yang memburukkan lagi krisis kesihatan awam.
Baca kajian kes ini untuk melihat pelaksanaan transformasi digital Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui portal e-Kerajaan OneMap yang inovatif.